Friday, August 6, 2010

KESAN KERAJAAN MANSUHKAN UPSR & PMR

Pemansuhan UPSR dan PMR ini menyebabkan tahap kepentingan untuk memperbaiki dan meningkatkan prestasi pelajar semakin pudar dan dipandang ringan oleh masyarakat khususnya golongan ibu bapa. Hal ini adalah kerana ibu bapa beranggapan mereka tidak perlu menyalurkan wang sampingan untuk mendapatkan khidmat tutor dan guru tuisyen bagi tujuan meningkatkan prestasi akademik anak-anak mereka. Sehubungan dengan itu,pendapatan para tutor dan guru tuisyen akan terjejas akibat kurangnya penglibatan pelajar untuk menggunakan khidmat mereka.

Selain itu, pemansuhan kedua-dua peperiksaan ini dapat menggalakkan penyertaan pelajar dalam kegiatan kokurikulum kerana kelas tambahan untuk pelajar tidak diwajibkan dan sekali gus memberi masa lapang yang lebih banyak kepada pelajar untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah. Di samping itu, pembayaran gaji untuk penggubal dan pemeriksa soalan peperiksaan tidak diperlukan. Hal ini membantu kerajaan menjimatkan pembayaran emolumen yang mencecah jutaan ringgit dalam perbelanjaan mengurus setiap tahun. Maka, keadaan defisit dalam akaun negara dapat dibaik pulih dengan pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. kalau UPSR & PMR dimansuhkan, habis ah guru tuition takda kerja.. huhuhu

    ReplyDelete