Sememangnya terdapat banyak kebaikan apabila pemansuhan UPSR dan PMR dilaksanakan, tetapi terdapat juga keburukan-keburukan yang tidak dapat dielakkan. Salah satunya ialah pelajar akan memandang enteng tentang kehadiran ke sekolah. Hal ini kerana mereka menganggap bahawa prestasi pelajar tidak akan dinilai meskipun memenuhi rekod kehadiran ke sekolah. Selain itu, budaya bersaing akan semakin terkikis dalam diri pelajar. Jika dahulu iaitu sebelum cadangan pemansuhan diketengahkan,semua pelajar berlumba-lumba untuk menyerlahkan prestasi yang membanggakan disamping berusaha untuk berada di kedudukan yang terbaik. Namun begitu,jika pembubaran dilancarkan,semangat tersebut akan terkikis dan secara tidak langsung menyebabkan budaya bersaing dalam kalangan mereka semakin pudar.
Berikutan pemansuhan ini juga, prestasi pelajar yang berasaskan peperiksaan standard khasnya UPSR dan PMR akan turut terjejas. Skala atau tahap soalan yang disediakan oleh guru sekolah tidak setaraf dengan skala soalan peperiksaan awam kerana mereka kurang berkemahiran untuk menghasilkan soalan yang mencapai standard peperiksaan awam ini. Hal ini kerana kualitinya lebih tinggi disamping disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang berperanan untuk menilai sejauh mana intelektual pelajar dalam menguasai matapelajaran mereka.