Antara kebaikan pemansuhan UPSR dan PMR ialah pelajar dapat menumpukan perhatian kepada penerimaan ilmu dan aplikasinya dalam kehidupan seharian berbanding hanya untuk tujuan peperiksaan. Pemansuhan ini juga dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum. Para guru juga dapat memberi lebih tumpuan terhadap cara-cara untuk mengatasi defisit dalam pembelajaran pelajar. Selain itu, pihak kerajaan dapat menjimatkan kos pengurusan dengan pemansuhan perlaksanaan kedua-dua peperiksaan awam ini.