Wednesday, August 4, 2010

KEBAIKAN PEMANSUHAN UPSR & PMR

Pemansuhan UPSR dan PMR meringankan beban pelajar dan guru. Bagi pelajar mereka tidak lagi memikirkan dua peperiksaan awam yang dihadapi sebaliknya mereka hanya memberi tumpuan pada satu peperiksaan penting iaitu SPM. Hal ini membolehkan pelajar belajar tanpa sebarang tekanan. Manakala bagi guru pula mereka tidak perlu mengadakan kelas tambahan setiap hari dan memberi terlalu banyak tugasan kepada pelajar.

Pemansuhan UPSR dan PMR menjimatkan kos perbelanjaan kerajaan. Apabila terlaksananya peperiksaan ini kerajaan terpaksa mengeluarkan peruntukan yang lebih keatas kedua-dua peperiksaan ini. Contohnya, mengeluarkan perbelanjaan ke atas penggubal dan pemeriksa soalan untuk pembayaran gaji mereka. Dengan pemansuhan kedua-dua peperiksaan ini, kerajaan tidak perlu menanggung kos perbelanjaan tersebut sebaliknya menumpukan perhatian terhadap perbelanjaan lain.

Pemansuhan UPSR dan PMR menggalakkan penyertaan para pelajar dalam kegiatan kokurikulum. Jika adanya peperiksaan tersebut pelajar tidak mempunyai masa untuk menyertai aktiviti kokurikulum kerana mereka lebih menumpukan kepada peperiksaan yang bakal dihadapi. Dengan pemansuhan kedua-dua peperiksaan ini pelajar dapat menggunakan masa yang terluang untuk menyertai aktiviti kokurikulum kerana mereka tidak dibebani dengan kelas tambahan.