
Selain itu, pemansuhan kedua-dua peperiksaan ini dapat menggalakkan penyertaan pelajar dalam kegiatan kokurikulum kerana kelas tambahan untuk pelajar tidak diwajibkan dan sekali gus memberi masa lapang yang lebih banyak kepada pelajar untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah. Di samping itu, pembayaran gaji untuk penggubal dan pemeriksa soalan peperiksaan tidak diperlukan. Hal ini membantu kerajaan menjimatkan pembayaran emolumen yang mencecah jutaan ringgit dalam perbelanjaan mengurus setiap tahun. Maka, keadaan defisit dalam akaun negara dapat dibaik pulih dengan pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR.