Isu pembubaran peperiksaan awam UPSR dan PMR merupakan isu hangat pada detik ini. Ia amat dititikberat oleh semua pihak kerana ia mempengaruhi masa depan kanak-kanak. Kerajaan masih tidak dapat melancarkan program ini kerana isi ini perlu dilihat dari pelbagai aspek seperti mendengar suara rakyat terhadap isu ini, kesan selepas melancarkan program ini, kebaikan dan keburukan terhadap masyarakat pada masa depan dan sebagainya.
Thursday, August 12, 2010
Monday, August 9, 2010
SUARA RAKYAT
'Dengan ketiadaan UPSR dan PMR, isu pelajar ‘gagal’ tidak akan timbul,' – Masdir Hussien,52
'UPSR dan PMR tidak sesuai untuk dijadikan penanda ukur kebolehan seorang pelajar dan pemansuhan itu merupakan satu penstrukturan baru dalam sistem pelajaran di negara ini' – Pengerusi PIBG,Mohd Khairil Abdullah,40
'Jika ini berlaku,negara akan menghadapi tekanan ramai pelajar menamatkan persekolahan di peringkat awal' – Idris Mohd Tahir,60
'Kerajaan telah meneliti satu kaedah terbaik dalam proses penambahbaikan sistem pelajaran di negara ini,dengan memansuhkan dua kekangan besar terhadap pelajar dan ibubapa'-Harry Gitik,47
Saturday, August 7, 2010
TUJUAN KERAJAAN MANSUHKAN UPSR & PMR

Tujuan Kedua : Kerajaan akan mengubah sistem pendidikan Negara yang kini terlalu berorientasikan peperiksaan menyebabkan matlamat melahirkan modal insan serba boleh yang mempunyai keterampilan tinggi gagal dicapai.
Tujuan Ketiga : Sistem pendidikan yang terlalu menjurus kepada peperiksaan akan menyebabkan matlamat ke sekolah menuntut ilmu,lebih kreatif dan menambah pengetahuan secara lebih holistic tidak akan dicapai sepenuhnya.
Tujuan Keempat : Pemansuhan UPSR dan PMR adalah langkah kementerian untuk merombak sistem pendidikan dan mengubah bentuk kokurikulum di peringkat sekolah.
Friday, August 6, 2010
KESAN KERAJAAN MANSUHKAN UPSR & PMR

Selain itu, pemansuhan kedua-dua peperiksaan ini dapat menggalakkan penyertaan pelajar dalam kegiatan kokurikulum kerana kelas tambahan untuk pelajar tidak diwajibkan dan sekali gus memberi masa lapang yang lebih banyak kepada pelajar untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah. Di samping itu, pembayaran gaji untuk penggubal dan pemeriksa soalan peperiksaan tidak diperlukan. Hal ini membantu kerajaan menjimatkan pembayaran emolumen yang mencecah jutaan ringgit dalam perbelanjaan mengurus setiap tahun. Maka, keadaan defisit dalam akaun negara dapat dibaik pulih dengan pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR.
Thursday, August 5, 2010
KESAN KERAJAAN MANSUHKAN UPSR & PMR
Sememangnya terdapat banyak kebaikan apabila pemansuhan UPSR dan PMR dilaksanakan, tetapi terdapat juga keburukan-keburukan yang tidak dapat dielakkan. Salah satunya ialah pelajar akan memandang enteng tentang kehadiran ke sekolah. Hal ini kerana mereka menganggap bahawa prestasi pelajar tidak akan dinilai meskipun memenuhi rekod kehadiran ke sekolah. Selain itu, budaya bersaing akan semakin terkikis dalam diri pelajar. Jika dahulu iaitu sebelum cadangan pemansuhan diketengahkan,semua pelajar berlumba-lumba untuk menyerlahkan prestasi yang membanggakan disamping berusaha untuk berada di kedudukan yang terbaik. Namun begitu,jika pembubaran dilancarkan,semangat tersebut akan terkikis dan secara tidak langsung menyebabkan budaya bersaing dalam kalangan mereka semakin pudar.
Berikutan pemansuhan ini juga, prestasi pelajar yang berasaskan peperiksaan standard khasnya UPSR dan PMR akan turut terjejas. Skala atau tahap soalan yang disediakan oleh guru sekolah tidak setaraf dengan skala soalan peperiksaan awam kerana mereka kurang berkemahiran untuk menghasilkan soalan yang mencapai standard peperiksaan awam ini. Hal ini kerana kualitinya lebih tinggi disamping disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang berperanan untuk menilai sejauh mana intelektual pelajar dalam menguasai matapelajaran mereka.
KESAN KERAJAAN MANSUHKAN UPSR & PMR
Terdapat pelbagai kesan yang mungkin dihadapi apabila kerajaan bertindak memansuhkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).Antaranya ialah pemansuhan upsr dan pmr memberi kesan kepada industri tuisyen serta penerbitan buku ulang kaji yang berjutaan ringgit.Sekiranya tindakan tersebut dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran,ia akan menutup periuk nasi ramai tutor sepenuh masa dan sebilangan besar guru yang menawarkan khidmat tuisyen secara sambilan bagi menampung pendapatan mereka yang tidak mencukupi. Perniagaan dalam industri pendidikan ini adalah amat besar dan saling berangkai dengan membabitkan banyak pihak. Cadangan itu bukan saja akan memberi kesan terhadap pihak syarikat, tutor dan guru, malah rezeki penulis buku ulang kaji atau soalan latihan bagi peperiksaan berkenaan juga terjejas.
Wednesday, August 4, 2010
KEBAIKAN PEMANSUHAN UPSR & PMR

Pemansuhan UPSR dan PMR menjimatkan kos perbelanjaan kerajaan. Apabila terlaksananya peperiksaan ini kerajaan terpaksa mengeluarkan peruntukan yang lebih keatas kedua-dua peperiksaan ini. Contohnya, mengeluarkan perbelanjaan ke atas penggubal dan pemeriksa soalan untuk pembayaran gaji mereka. Dengan pemansuhan kedua-dua peperiksaan ini, kerajaan tidak perlu menanggung kos perbelanjaan tersebut sebaliknya menumpukan perhatian terhadap perbelanjaan lain.
Pemansuhan UPSR dan PMR menggalakkan penyertaan para pelajar dalam kegiatan kokurikulum. Jika adanya peperiksaan tersebut pelajar tidak mempunyai masa untuk menyertai aktiviti kokurikulum kerana mereka lebih menumpukan kepada peperiksaan yang bakal dihadapi. Dengan pemansuhan kedua-dua peperiksaan ini pelajar dapat menggunakan masa yang terluang untuk menyertai aktiviti kokurikulum kerana mereka tidak dibebani dengan kelas tambahan.
Tuesday, August 3, 2010
KEBAIKAN KERAJAAN MANSUHKAN UPSR & PMR

Monday, August 2, 2010
KEBURUKAN KERAJAAN MANSUHKAN UPSR & PMR
Pemansuhan UPSR dan PMR akan memberikan tekanan kepada pelajar.Hal ini kerana,pelajar terpaksa mengambil peperiksaan pada tahun kesebelas dengan semua mata pelajaran yang telah dipelajari.Selain itu,masalah disiplin pelajar mungkin akan menjadi semakin teruk kerana mereka tetap boleh meneruskan persekolahan walaupun telah banyak melakukan kesalahan disiplin.Akhir sekali,pemansuhan ini akan menyebabkan tiada kayu pengukur untuk membuat penilaian terhadap kecemerlangan seseorang pelajar dan kecekapan guru semasa mengajar.
Sunday, August 1, 2010
KESIMPULAN
Berdasarkan apa yang dibincangkan di atas, isu ini mempunyai kebaikan dan keburukannya tersendiri. Oleh itu, rakyat berharap jika kerajaan ingin memansuhkan UPSR dan PMR perlulah mempunyai satu alternatif yang terbaik untuk menggantikannya. Ini bertujuan dapat melahirkan insan modal yang berpotensi pada masa akan datang.
Subscribe to:
Posts (Atom)